Ramai orang yang tak perasan fungsi Friend List ni wujud kat Facebook. Kepada korang yang tak tau amender Friend list ni, ni atok nak gitau. Facebook menerangkan, Friend List ni adalah satu fungsi di mana: “you to create private groupings of friends based on your personal preferences.”
Contohnya, korang boleh buat Friend List untuk ’semua awek-awek cun di pejabat’, ’semua kawan korang yang main Kesatria Poyos’ dan sebagainya. Ini memudahkan korang untuk melihat updates dan hantar mesej kepada kawan yang telah korang ‘kumpul’kan dalam senarai itu sahaja. Beberapa perkara penting mengenai Friend List yang harus korang ingat:
- Korang boleh masukkan kawan korang kepada lebih dari satu Friend List.
- Friend List boleh ada polisi peribadi tersendiri, korang boleh set/tukar settings ikut suka korang.
Biasanya orang akan buat grup ‘Ofismate’, ‘Keluarga’,'Geng Mancing’… atoknyer grup: ‘Kesatria Poyos’, ‘Skandal’, ‘Awek Cun’, ‘Sedara Mare’ ahaks!
Senarai grup ni boleh diberi polisi peribadi tersendiri. Contohnya, korang mesti nakkan kawan2 korang tengok gambar2 korang berdangdut dan berparty, tapi tak nak keluarga korang tengok kan? Penggunaan Friend List ni sangat berguna untuk tujuan macam ni, terutamanya kalau korang ada ramai kawan Facebook.
Cara Untuk Membuat Friend List

1. Di laman utama Facebook, klik Friends
2. Klik butang ‘Create a List’
3. Taipkan nama list korang, pilih kawan yang kau nak masukkan dalam list tu
4. Klik butang ‘Create List’
Korang boleh edit/tambah/buang kawan-kawan dalam list tu kemudian.
p/s Sila subscribe Empayar Poyos untuk tidak ketinggalan mendapatkan info terkini dan pemgumuman-pengumuman penting!











ou…cantek nyer tips…
poyo ah…hehehe…
lamo dh dok pakai yg ni… huhuhu…