EMPAYAR POYOS

Pahit getir perjalanan hidup seorang atok yang teramat poyo!

Perbincangan Terbaru

Tentang Harta posted in Masalah by hazwanhamdi
knape nak bli permata x bleh... posted in Masalah by DarkCaspian
Cara nak tukar nama karektor KP posted in Tips by FendyBt2
Pesta Hepi-Hepi Kesatria Poyos di Sunway Pyramid posted in Para Kesatria by Yusri Samari
Kesatria Poyos Versi Terlebih Sudah posted in Pengumuman by Atok Poyo

Perbincangan Terpoyos

No Topics to Display

OLEH Atok Poyo DITULIS PADA 12 May 2010

Haritu atok ada kasi hint untuk peraduan akan datang kan? Ha, ni la masanya untuk korang berkreatif sikit. Peraduan kali ni, senang jugak la rasanya. Korang kena tunjukkan gambar avatar karektor Kesatria Poyos korang. Tak kira la korang cari kat internet lepas tu edit ke, atau lukis sendiri ke, atau nak upah orang buatkan ke, tu korang punya pasal la, atok tak kesah, janji korang hantar.

Syarat-syarat penyertaan peraduan avatar karektor Kesatria Poyos:

  1. Setiap orang hanya boleh hantar SATU penyertaan sahaja. (Kalau dah hantar jangan gatal-gatal nak tukar itu ini yer! Jadi, pikir la sebelum hantar.)
  2. Saiz gambar avatar karektor korang tidak melebihi 400 x 400
  3. Sila letak URL gambar avatar karektor korang di kotak komen di bawah.
  4. Sila sertakan nama karektor KP korang.
  5. Sila sertakan link profile KP korang.
  6. Penyertaan yang TAK LENGKAP dengan syarat2 ni TAK AKAN LAYAK untuk peringkat seterusnya, jadai BACA SYARAT2 BETUL2!!
  7. Tarikh tutup penyertaan adalah 25hb Mei 2010.

SELEPAS semua penyertaan diterima, atok akan buat satu ‘album’ kat profile Facebook atok dan letak gambar-gambar tu semua kat dalam album tu. Kemudian, korang kena berusaha keras untuk mintak simpati kawan2 korang untuk ‘Like’ gambar avatar karektor KP korang kat dalam album yang atok wat tu. Gambar yang mempunyai ‘Like’ yang paling banyak PADA 5 Jun 2010 akan memenangi hadiah utama!

Hadiah:

  • 1 x Hadiah Utama
    • Seekor makhluk edisi spesel misteri (antara yang terkuat di Empayar Poyos!)
    • 50 Permata
    • 1 Juta Duit KP
  • 5 x Hadiah Undian Tertinggi
    • 25 Permata
    • 500K Duit KP
  • 10 x Hadiah Undian Tertinggi Seterusnya
    • 10 Permata
    • 100K Duit KP

Selamat berperang!!



p/s Sila subscribe Empayar Poyos untuk tidak ketinggalan mendapatkan info terkini dan pemgumuman-pengumuman penting!

Follow Atok!

Bagi email korang untuk dapatkan berita
dan info terkini dari atok!

Email:


Penaja Poyo
  • Alibi Music Metamobile
  • Widget Afundi

Jadi Peminat Poyo!

Entri Terpoyo!

Aplikasi Facebook