EMPAYAR POYOS

Pahit getir perjalanan hidup seorang atok yang teramat poyo!

Perbincangan Terbaru

Tentang Harta posted in Masalah by hazwanhamdi
knape nak bli permata x bleh... posted in Masalah by DarkCaspian
Cara nak tukar nama karektor KP posted in Tips by FendyBt2
Pesta Hepi-Hepi Kesatria Poyos di Sunway Pyramid posted in Para Kesatria by Yusri Samari
Kesatria Poyos Versi Terlebih Sudah posted in Pengumuman by Atok Poyo

Perbincangan Terpoyos

No Topics to Display

OLEH Atok Poyo DITULIS PADA 1 June 2010

Antara topik-topik hangat masa kini terutamanya di Facebook adalah berkenaan isu kasut Crocs, yang kononnya haram dipakai sebab ada kalimah Allah.

Atok sebenarnya ada kasut Crocs ni. Mahal atok beli tau RM239. Original tau bukan yang murah-murah pelesu lima enam puluh hengget punya tu. Bagi atok, kasut Crocs ni senang dan selesa dipakai ke mana sekali pun. Jadi, selepas heboh pasal Crocs ada kalimah Allah tu agak was-was jugak la nak pakai. Atok pun seperti biasa, kalau timbul isu2 hangat macam ni, atok tak terima bulat-bulat. Mula la atok me’research’ dengan encik Google. Terjumapa la beberapa artikel yang menarik.

Kalau dibandingkan logo original Crocs ni dengan yang dihebah2kan kat internet tu, ada 3 perbezaan yang amat nyata:


Logo original Crocs


Yang di hebahkan kat internet

Perbezaan:

  1. Mulut buaya yang tak original ternganga, dan mulut buaya original ni tak terbuka sangat.
  2. Anak mata buaya tak original pandang tengah padahal yang original pandang ke bawah.
  3. Walaupun agak kelakar nak cakap, tapi, yang tak original ada lubang hidung macam serombong keretapi punya besar, dan yang original takde lubang hidung sebesar tu!

Haaa… sah la yang dihebah2kan kat internet tu pelesu dan tak original belaka. Idakpun, dah diedit oleh individu2 tertentu untuk timbulkan provokasi.

Nasihat dari Ustaz Hasrizal (via status Facebooknya):

Kasut Crocs pun kena boikot sebab buayanya menyerupai Lafaz Allah? Astaghfirullah… Apa kata antum boikot huruf “t” pada Hang Tuah? Rupa huruf “t” tu macam salib. Gantikan dengan hang kuah ke, hang buah ke… Haishhh!

Lucu… tapi mendalam maksudnya tu!

Kesimpulannya:

  1. Jangan sebar berita yang tak pasti, siasat dulu, internet kan ada!
  2. Jangan sensitif sangat, dari duk cari benda yang sama kalimah Allah ni, baik tengok pakaian yg kita pakai tu, tutup aurat ke tidak, yg tu memang terang perintah Allah soh tutup aurat. yang tu tak nak follow pulak kan? opssss (peace peace)
  3. Beli yang original, jangan beli yg cetak rompak.

Akhir kata, jadilah masyarakat celik IT. Silalah berkawan baik dengan encik Google yer!

Join the forum discussion on this post



p/s Sila subscribe Empayar Poyos untuk tidak ketinggalan mendapatkan info terkini dan pemgumuman-pengumuman penting!

Kategori: Facebook, Poyo, Renungan

7 Komen

  1. apiih says:

    kebetulan je kot sume tuh..smpi macam tu pon mereka blh teliti..ermm

  2. usop says:

    ade la ckt2 yg same dgn yg nyata,tp percaya tk blh cuma main2 utk seronok @ ambil untuk kebaikan tu tk slh

  3. iRON M✫N says:

    Betol tu.. ehem, tok, kutuk saya ker? Terasa pedas jer nie.. Saya beli yang cetak rompak, still elok jer, diorang nie yang mata xelok, nmpak pelik sikit mula jdkn isu… Poyo jer..

  4. Rima says:

    Kikis je tang logo tu, setel.
    Pendapat aku: ini provokasi nak bankrupkan penjual2 croc tak ori yang majoritinya melayu. Apasal sekarang baru nak kecoh2 padahal dah lama croc ni wujud? Diorang tunggu ramai orang Melayu borong croc/jibbitz byk2, lepas tu buat kecoh, semua lingkup.

  5. Anarm says:

    crocs best wat lompat2.. baru je beli ari tu kat pasar malam.. hehe

  6. aini says:

    tp ble prati2 blk cm btoi je tok..
    yea..xkn dye nk wt bg nmpk n..
    yhdi ad cre t’sndri nk rskkn agme islm..
    dye mlkn dry bnd2 y kck cmnie r..
    cnth plg trg crtoon..
    skunk byk sgt crtoon y ntah ppe..
    dedh cnecnie..
    bdk2 pown mkn brani skunk

  7. akujugak says:

    aku sokong rima 2.kikis ja.dah beli nak buang sayang.sedap d pakai selipa ni.
    aku pun guna .buang ja logo 2.senang hati dah pakai.hahaa

Sila komen

Follow Atok!

Bagi email korang untuk dapatkan berita
dan info terkini dari atok!

Email:


Penaja Poyo
  • Alibi Music Metamobile
  • Widget Afundi

Jadi Peminat Poyo!

Entri Terpoyo!

Aplikasi Facebook