EMPAYAR POYOS

Pahit getir perjalanan hidup seorang atok yang teramat poyo!

You must be logged in to post


Lost Your Password?

Search Forums:


 






Wildcard Usage:
*    matches any number of characters
%    matches exactly one character

Isu Kasut Crocs Dan Kalimah Allah

Read original blog post

UserPost

5:07 pm
June 1, 2010


Atok Poyo

Alam Maya

Maharaja Empayar Poyos
Maharaja Empayar Poyos

posts 44

1

Antara topik-topik hangat masa kini terutamanya di Facebook adalah berkenaan isu kasut Crocs, yang kononnya haram dipakai sebab ada kalimah Allah.

Atok sebenarnya ada kasut Crocs ni. Mahal atok beli tau RM239. Original tau bukan yang murah-murah pelesu lima enam puluh hengget punya tu. Bagi atok, kasut Crocs ni senang dan selesa dipakai ke mana sekali pun. Jadi, selepas heboh pasal Crocs ada kalimah Allah tu agak was-was jugak la nak pakai. Atok pun seperti biasa, kalau timbul isu2 hangat macam ni, atok tak terima bulat-bulat. Mula la atok me'research' dengan encik Google. Terjumapa la beberapa artikel yang menarik.

Kalau dibandingkan logo original Crocs ni dengan yang dihebah2kan kat internet tu, ada 3 perbezaan yang amat nyata:


Logo original Crocs


Yang di hebahkan kat internet

Perbezaan:

  1. Mulut buaya yang tak original ternganga, dan mulut buaya original ni tak terbuka sangat.
  2. Anak mata buaya tak original pandang tengah padahal yang original pandang ke bawah.
  3. Walaupun agak kelakar nak cakap, tapi, yang tak original ada lubang hidung macam serombong keretapi punya besar, dan yang original takde lubang hidung sebesar tu!

Haaa… sah la yang dihebah2kan kat internet tu pelesu dan tak original belaka. Idakpun, dah diedit oleh individu2 tertentu untuk timbulkan provokasi.

Nasihat dari Ustaz Hasrizal (via status Facebooknya):

Kasut Crocs pun kena boikot sebab buayanya menyerupai Lafaz Allah? Astaghfirullah… Apa kata antum boikot huruf "t" pada Hang Tuah? Rupa huruf "t" tu macam salib. Gantikan dengan hang kuah ke, hang buah ke… Haishhh!

Lucu… tapi mendalam maksudnya tu!

Kesimpulannya:

  1. Jangan sebar berita yang tak pasti, siasat dulu, internet kan ada!
  2. Jangan sensitif sangat, dari duk cari benda yang sama kalimah Allah ni, baik tengok pakaian yg kita pakai tu, tutup aurat ke tidak, yg tu memang terang perintah Allah soh tutup aurat. yang tu tak nak follow pulak kan? opssss (peace peace)
  3. Beli yang original, jangan beli yg cetak rompak.

Akhir kata, jadilah masyarakat celik IT. Silalah berkawan baik dengan encik Google yer!


Read original blog post

Poyokan diri bersama atok http://facebook.com/atokpoyogiler



About the EMPAYAR POYOS forum

Forum Timezone: Asia/Kuala_Lumpur

Most Users Ever Online: 43

Currently Online:
1 Guest

Currently Browsing this Topic:
1 Guest

Forum Stats:

Groups: 5
Forums: 23
Topics: 74
Posts: 766

Membership:

There are 140 Members

There is 1 Admin
There are 2 Moderators

Top Posters:

iRON M✫N – 194
DarkCaspian – 145
Orient Night Lordz – 89
Mohd Azra – 37
ann ehan – 32
Taufiq92 – 27

Recent New Members: Faizal Ahmad, Cik Lizz, zamizie, tometo, manap perlop3, gg

Administrators: Atok Poyo (44 Posts)

Moderators: FendyBt2 (59 Posts), Alibi Music (5 Posts)



Follow Atok!

Bagi email korang untuk dapatkan berita
dan info terkini dari atok!

Email:


Penaja Poyo
  • Alibi Music Metamobile
  • Widget Afundi

Jadi Peminat Poyo!

Entri Terpoyo!

Aplikasi Facebook