EMPAYAR POYOS » Renungan

Isbal – Perbuatan Dosa Berat Setiap Lelaki
Artikel asal dari Fiqh Sunnah

Contoh-contoh fesyen/perbuatan Isbal yang terlarang (bagi lelaki): Pakaian/seluar/kain/sarung yang dipakai sehingga melepasi paras buku lali dan ke bawah.

Contoh pakaian yang tidak isbal (tidak melepasi paras buku lali)

Tentu masih ramai di antara kita yang mungkin tidak mengetahui bahkan mungkin juga sama sekali tidak pernah mendengar perkataan “Isbal”. Atas sebab tidak tahu dan tidak pernah mendengar itu jugalah, ramai dari kalangan kaum lelaki muslim yang tidak mengendahkannya. Sekaligus tidak mengetahui bahawa ia merupakan suatu perbuatan yang terlarang dari sudut pandangan agama.

Malah sudah menjadi trend (budaya), bahawa isbal adalah suatu bentuk wajah masa kini yang barang siapa tidak melakukannya, maka akan kelihatan seakan-akan ketinggalan zaman dan tidak moderate. Dari itu, tulisan kali ini akan sekali lagi mengupas isu berkenaan isbal dari sudut al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih serta berpandukan kefahaman para ulama bermanhaj Salafus Soleh.

Maksud Isbal:

المسبل إزاره هو الذي يطول ثوبه ويرسله إذا مشى

Maksud: Orang yang mengisbalkan (melabuhkan) pakaian, dia adalah orang-orang yang menjulurkan (memanjangkan) dan melabuhkan pakaiannya sehingga mencecah ke bumi (melebihi had). (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Mukaddimah Fathul Bari, 1/126)

Isbal menurut syar’i adalah melabuhkan (menjulurkan) pakaian serta membiarkannya terurai ke bawah sehingga melampaui batasan yang telah ditetapkan di dalam syari’at (melebihi mata kaki), dan perkara tersebut tidak terhad kepada isbal dengan niat sombong.

Apabila membahaskan berkenaan fenomena isbal ini, para ulama sebahagiannya mengklasifikan di antara hadis-hadis yang menyentuh isbal dengan disertai kesombongan dan juga perbuatan isbal yang tidak disertakan dengan niat sombong.

Dengan itu, untuk membolehkan para pembaca dapat melihat hadis-hadis tersebut dengan lebih baik berdasarkan perbahasan yang dimaksudkan, maka di sini diletakkan dua sub-tajuk yang membawakan hadis-hadis tersebut berdasarkan pembahagian di antara isbal dengan niat sombong dan juga isbal tanpa disertai niat sombong.

Isbal Tanpa Niat Sombong

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ

Maksud: Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau berkata:

Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi kedua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/89, no. 5341)

Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab:

بَاب مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ فَهُوَ فِي النَّارِ

Maksud: Apa yang menjulur labuh ke bawah (dari pakaian) sehingga melebihi mata kaki, maka ia di neraka. (Rujuk: Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/88)

وعن المغيرة بن شعبة رضي الله عنه قال رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بحجزة سفيان بن أبي سهل فقال يا سفيان لا تسبل إزارك فإن الله لا يحب المسبلين

Maksud: Dari al-Mughirah B. Syu’bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu berkata:

Wahai Sufyan, janganlah engkau melakukan isbal, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak mencintai orang-orang yang isbal. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 10/423, no. 3564. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah Ahadis ash-Shahihah, 10/241, no. 4004. Shahih Sunan Ibnu Majah, 8/74, no. 3574. dan Shahih al-Jami’ ash-Shoghir, 28/372, no. 13872)

عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ عَاصِمٍ أَنَّهُ سَمِعَ الشَّرِيدَ يَقُولُ

أَبْصَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَجُرُّ إِزَارَهُ فَأَسْرَعَ إِلَيْهِ أَوْ هَرْوَلَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ قَالَ إِنِّي أَحْنَفُ تَصْطَكُّ رُكْبَتَايَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ فَإِنَّ كُلَّ خَلْقِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حَسَنٌ

فَمَا رُئِيَ ذَلِكَ الرَّجُلُ بَعْدُ إِلَّا إِزَارُهُ يُصِيبُ أَنْصَافَ سَاقَيْهِ أَوْ إِلَى أَنْصَافِ سَاقَيْهِ

Maksud: Daripada Ya’kub B. ‘Ashim sesungguhnya beliau mendengar asy-Syarid berkata:

Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada orang tersebut. Lalu beliau menegurnya:

“Angkatlah kain pakaianmu dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala”.

Maka orang tersebut pun berkata:

“Sesungguhnya aku seorang yang memiliki kaki yang bengkok (seperti huruf X) dan kedua lutut-ku tidak stabil ketika berjalan”.

Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tetap menyatakan:

“Angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah bagus”.

Maka setelah peristiwa tersebut, tidaklah kelihatan lelaki tersebut melainkan dengan pakaiannya (seluarnya) sentiasa terangkat hingga pada tengah-tengah kedua betisnya atau di bawah sedikit. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)

Daripada hadis ini, ia turut menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang menegur kepada pelaku isbal tanpa menanyakan terlebih dahulu sama ada si pelaku itu melakukan isbal dengan sombong atau pun tidak. Tetapi, apa yang jelas dari zahir hadis tersebut adalah, Nabi terus sahaja menegurnya supaya meninggalkan isbal, biar pun si lelaki tersebut telah memberikan alasan.

Kesimpulan:

Akibat melakukan isbal (tanpa sombong):

1 – Berdosa dan diancam dengan neraka.

2 – Tidak dicintai oleh Allah.

Isbal Dengan Kesombongan

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ يُرْخِينَ شِبْرًا فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ قَالَ فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لَا يَزِدْنَ عَلَيْهِ

Maksud: Daripada Ibnu ‘Umar, katanya:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata: Sesiapa sahaja yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan melihatnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat.

Maka Ummu Salamah pun bertanya: Apa yang perlu dilakukan oleh para wanita dengan hujung pakaiannya?

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: Hendaklah mereka menurunkan (melabuhkannya) satu jengkal dari pertengahan betis.

Ummu Salamah berkata: Jika begitu, sudah tentu telapak kaki mereka masih akan tersingkap (kelihatan).

Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menerangkan: Sekiranya begitu, hendaklah mereka menurunkannya satu hasta dan tidak boleh lebih dari itu. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 6/343, no. 1653. at-Tirmidzi menyatakan, hadis ini Hasan Sahih. Juga disahihkan oleh al-Albani)

Hadis ini selain menerangkan tentang isbal yang dilakukan dengan disertai kesombongan, ia juga menjelaskan bahawa isbal tanpa disertai dengan sifat sombong juga tetap dilarang. Ini dapat dilihat dari pertanyaan Ummu Salamah di dalam hadis tersebut yang menanyakan berkenaan dengan pakaian wanita:

“Apa yang perlu dilakukan oleh para wanita dengan hujung pakaiannya?”

Berkenaan dengan pertanyaan ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-’Asqalani menjelaskan dengan membawakan perkataan Imam an-Nawawi:

قَالَ النَّوَوِيّ : ظَوَاهِر الْأَحَادِيث فِي تَقْيِيدهَا بِالْجَرِّ خُيَلَاء يَقْتَضِي أَنَّ التَّحْرِيم مُخْتَصّ بِالْخُيَلَاءِ ، وَوَجْه التَّعَقُّب أَنَّهُ لَوْ كَانَ كَذَلِكَ لَمَا كَانَ فِي اِسْتِفْسَار أُمّ سَلَمَة عَنْ حُكْم النِّسَاء فِي جَرّ ذُيُولهنَّ مَعْنًى ، بَلْ فَهِمَتْ الزَّجْر عَنْ الْإِسْبَال مُطْلَقًا سَوَاء كَانَ عَنْ مَخِيلَة أَمْ لَا ، فَسَأَلَتْ عَنْ حُكْم النِّسَاء فِي ذَلِكَ لِاحْتِيَاجِهِنَّ إِلَى الْإِسْبَال مِنْ أَجْل سَتْر الْعَوْرَة ، لِأَنَّ جَمِيع قَدَمهَا عَوْرَة ، فَبَيَّنَ لَهَا أَنَّ حُكْمهنَّ فِي ذَلِكَ خَارِج عَنْ حُكْم الرِّجَال فِي هَذَا الْمَعْنَى فَقَطْ

Maksud: Berkata an-Nawawi: Di dalam hadis ini terdapat penjelasan yang meunjukkan bahawa hadis-hadis larangan isbal itu tidaklah terhad kepada perbuatan dengan sombong. Sekiranya ia dibataskan dengan faktor kesombongan, sudah tentu pertanyaan dari Ummu Salamah (kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) berkenaan hukum perbuatan para wanita yang memanjangkan hujung pakaiannya itu tidak akan membawa makna sama sekali. Tetapi sebenarnya, apa yang dapat kita fahami adalah Ummu Salamah telah memahami adanya larangan isbal secara mutlak. Sehingga (dengan kefahamannya itu) beliau bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkenaan hukum bagi para wanita di dalam permasalahan ini disebabkan perlunya mereka untuk melakukan isbal dalam rangka untuk menutup aurat mereka, kerana seluruh telapak kaki adalah merupakan aurat. Maka Nabi pun menjelaskan kepada Ummu Salamah bahawa hukum bagi para wanita di dalam perkara isbal ini berbeza dengan hukum bagi lelaki. (Rujuk: Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari, 16/333. Imam an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 14/62)

بَيْنَمَا نَحْنُ مَعَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ لَحِقَنَا عَمْرو بْن زُرَارَةَ الْأَنْصَارِيّ فِي حُلَّة إِزَار وَرِدَاء قَدْ أَسْبَلَ ، فَجَعَلَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْخُذ بِنَاحِيَةِ ثَوْبه وَيَتَوَاضَع لِلَّهِ وَيَقُول: عَبْدك وَابْن عَبْدك وَأَمَتك ، حَتَّى سَمِعَهَا عَمْرو فَقَالَ : يَا رَسُول اللَّه إِنِّي حَمْش السَّاقَيْنِ، فَقَالَ: يَا عَمْرو إِنَّ اللَّه قَدْ أَحْسَنَ كُلّ شَيْء خَلَقَهُ ، يَا عَمْرو إِنَّ اللَّه لَا يُحِبّ الْمُسْبِل

Maksud: Ketika kami bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba ‘Amr B. Zurarah al-Anshori datang menyertai kami. Ketika itu beliau memakai pakaian berupa kain dan jubah dalam keadaan isbal. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memegang hujung pakaian beliau dengan bertawadhu’ kepada Allah lalu berkata:

Ya Allah, inilah hamba-Mu (lelaki) dan anak dari hamba-Mu (lelaki) serta anak dari hamba-Mu (perempuan) sehingga didengar oleh ‘Amr B. Zurarah. Maka beliau pun berpaling menghadap kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berkata (untuk memberitahu sesuatu):

Wahai Rasulullah, aku ini memiliki dua betis yang kecil.

Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:

Wahai ‘Amr, sesungguhnya Allah telah memperindahkan segala sesuatu yang Dia ciptakan. Wahai ‘Amr, sesungguhnya Allah tidak mencintai orang yang isbal. (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani. Lihat Fathul Bari, 16/336)

Berkenaan hadis ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:

وَظَاهِره أَنَّ عَمْرًا الْمَذْكُور لَمْ يَقْصِد بِإِسْبَالِهِ الْخُيَلَاء ، وَقَدْ مَنَعَهُ مِنْ ذَلِكَ لِكَوْنِهِ مَظِنَّة

Maksud: Zahir hadis tersebut menunjukkann bahawa ‘Amr tidaklah bermaksud sombong dengan perbuatan isbalnya. Dan ternyata Rasulullah tetap melarang beliau dari isbal kerana (isbal) itu termasuk dari tanda kesombongan. (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/336)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksud: Daripada ‘Abdullah B. ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, telah berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa:

Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat nanti. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, 11/500, no. 3392. Kitab al-Libas, 18/84, no. 5338)

عَنْ أَبِي ذَرٍّ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ قَالَ فَقَرَأَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَ مِرَارًا قَالَ أَبُو ذَرٍّ خَابُوا وَخَسِرُوا مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْمُسْبِلُ وَالْمَنَّانُ وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ

Maksud: Daripada Abu Dzarr, daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beliau bersabda:

Tiga jenis manusia yang mana pada hari kiamat nanti Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan berbicara kepada mereka (dengan perbicaraan yang baik), tidak akan melihat mereka (dengan pandangan kasih sayang), tidak akan menyucikan mereka (dari dosa-dosa), malah mereka mendapat azab yang pedih. Rasulullah mengulangi pernyataan ini sehingga tiga kali.

Sebenarnya orang-orang tersebut telah binasa dan rugi. Kemudian Abu Dzarr pun bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Rasulullah pun menjawab:

Orang yang isbal (dengan sombong), orang yang suka mengungkit-ngungkit sesuatu yang telah diberikan, dan orang yang melariskan barang dagangannya dengan sumpah palsu. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab al-Iman, 1/277, no. 154)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أزرة المؤمن إلى نصف الساق ولا حرج أو قال لا جناح عليه فيما بينه وبين الكعبين وما كان أسفل من ذلك فهو في النار ومن جر إزاره بطرا لم ينظر الله إليه يوم القيامة

Maksud: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, pakaian seseorang mu’min (lelaki) itu menjulur turun sehingga ke pertengahan betisnya. Dan tidaklah berdosa atau tidak mengapa (jika menurunkannya sehingga pada bahagian kaki) di antara pertengahan betis dengan kedua mata kaki. Ada pun bahagian yang lebih rendah dari itu (iaitu turun melepasi mata kaki), maka tempatnya di neraka. Dan sesiapa sahaja yang menjulurkan pakaiannya dengan kesombongan, maka pada hari kiamat nanti Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang. (Hadis Riwayat Imam Malik di dalam Muwaththo’, Abu Daud di dalam Sunannya, Ibnu Majah di dalam Sunannya, dan Ibnu Hibban di dalam Shahihnya. Hadis ini daripada Abu Sa’id al-Khudri, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih Targhib wa at-Tarhib, 2/219, no. 2031 dan di dalam Shahih al-Jami’ ash-Shoghir, 2/423, no. 923)

Kesimpulan:

Akibat isbal (dengan disertai kesombongan):

1 – Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat.

2 – Tidak akan berbicara dengan baik kepadanya.

3 – Tidak akan membersihkannya dari dosa.

Isbal Termasuk Kesombongan

و إياك و إسبال الإزار فإن إسبال الإزار من المخيلة و لا يحبها الله

Maksud: Dan berhati-hatilah kamu terhadap perbuatan mengisbalkan pakaian, kerana perbuatan tersebut termasuk kesombongan dan Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak mencintai kesombongan. (Hadis Riwayat Abu Daud dari Jabir B. Sulaim. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’ ash-Shoghir, 1/98, no. 98)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:

أَنَّ الْإِسْبَال يَسْتَلْزِم جَرّ الثَّوْب وَجَرّ الثَّوْب يَسْتَلْزِم الْخُيَلَاء وَلَوْ لَمْ يَقْصِد اللَّابِس الْخُيَلَاء

Maksud: Bahawasanya isbal itu adalah perbuatan melabuhkan pakaian, dan perbuatan melabuhkan pakaian itu adalah termasuk ke dalam ciri-ciri kesombongan. (Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/336)

Juga merujuk sebagaimana penjelasan beliau (al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah) di atas tadi dalam menjelaskan berkenaan hadis tentang ‘Amr B. Zurarah al-Anshori.

Di Antara Isbal Dengan Disertai Sombong Dan Tanpa Sombong

Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah menyatakan bahawa:

Jika isbal itu dilakukan kerana bermegah-megah dan sombong, maka perbuatan tersebut termasuk ke dalam kategori dosa besar dan hukumannya (akibatnya) sangat berat. (Majmu’ Fatwa Ibnu Utsaimin susunan Fahd B. Nashir, m/s. 309. Dinukil dari Abul Harith Kholiiful Hadi, Dosakah Isbal Tanpa Sombong, m/s. 16, Darul Atsar, Cet. 1, Nov. 2007)

Perbuatan isbal yang disertai dengan perasaan sombong, ia adalah suatu kesalahan yang sangat berat berbanding dengan perbuatan isbal tanpa disertai dengan kesombongan yang mana ia lebih ringan (dosanya).

Larangan Isbal Adalah Mutlak (Bagi Lelaki) Walau pun Tanpa Sombong

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ

مَرَرْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي إِزَارِي اسْتِرْخَاءٌ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ ارْفَعْ إِزَارَكَ فَرَفَعْتُهُ ثُمَّ قَالَ زِدْ فَزِدْتُ فَمَا زِلْتُ أَتَحَرَّاهَا بَعْدُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ إِلَى أَيْنَ فَقَالَ أَنْصَافِ السَّاقَيْنِ

Maksud: Daripada Ibnu ‘Umar, beliau berkata:

Aku pernah melintasi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan pakaianku (kain) di dalam keadaan turun dengan sendirinya tanpa sengaja. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata:

Wahai ‘Abdullah, angkatlah kainmu!

Lalu aku pun mengangkatnya (dari terlondeh turun). Kemudian beliau berkata lagi:

Naikkan tinggi lagi sedikit!

Maka aku pun menaikkannya lagi. Dan setelah peristiwa itu, aku pun sentiasa menjaga kedudukan kainku. Lalu sebahagian orang bertanya kepada ku, “Sehingga paras mana?”

Aku menjawab: “Sehingga ke pertengahan kedua betis”. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab al-Libas wa az-Zinah, 10/455, no. 3892)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata di dalam kitab beliau,Mukhtashar Syamail Muhammadiyah berkenaan hadis tersebut:

Jika Ibnu ‘Umar sebagai seorang sahabat yang mulia dan paling bertaqwa di antara mereka itu pun tidak didiamkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika beliau melihat kainnya turun tanpa disengajakan, malah beliau tetap memerintahkan untuk mengangkat kainnya tersebut. Maka, bukankah situasi ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa adab ini sama sekali tidak berkaitan dengan ada atau tidak adanya faktor kesombongan.

Atau adakah kita akan menyatakan bahawa Ibnu ‘Umar melakukannya kerana sombong (sehingga ditegur oleh Nabi? Lalu kita katakan bahawa yang dilarang oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam hanyalah isbal dengan disertai sombong sahaja?) Sekali-kali tidak, keadaan itu sama sekali tidak mungkin. Dan telah jelas bahawa Ibnu ‘Umar tidaklah melakukannya kerana sombong, bahkan ia berlaku tanpa sengaja kerana kain tersebut turun (melurut) dengan sendirinya. (Dinukil dari Abul Harith Kholiiful Hadi, Dosakah Isbal Tanpa Sombong, m/s. 46, Darul Atsar, Cet. 1, Nov. 2007)

Benarkah Abu Bakar Melakukan Isbal?

Terdapat sebahagian pihak yang mahu membolehkan isbal, mereka menggunakan dalil berikut, di mana mereka menyatakan bahawa Abu Bakar juga turut melakukan isbal.

عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ أَبُو بَكْرٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلَاءَ

Maksud: Daripada Salim, dari Ayahnya, daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau berkata:

Sesiapa sahaja yang menjulurkan pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat nanti.

Pada ketika itu Abu Bakar pun berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah satu sisi belahan kain-ku ini menjulur turun, kecuali apabila aku menjaganya dari keadaan tersebut.

Maka Rasulullah pun menjelaskan: Engkau tidak termasuk orang yang melakukannya dengan sombong. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/84, no. 5338)

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan berkenaan hadis ini:

وَكَانَ سَبَب اِسْتِرْخَائِهِ نَحَافَة جِسْم أَبِي بَكْر

Maksud: Sebab turunnya (kain Abu Bakar) adalah kerana kurusnya badan Abu Bakar.

(إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَد ذَلِكَ مِنْهُ)

أَيْ يَسْتَرْخِي إِذَا غَفَلْت عَنْهُ ، وَوَقَعَ فِي رِوَايَة مَعْمَر عَنْ زَيْد بْن أَسْلَمَ عِنْد أَحْمَد ” إِنَّ إِزَارِي يَسْتَرْخِي أَحْيَانًا ” فَكَأَنَّ شَدّه كَانَ يَنْحَلّ إِذَا تَحَرَّكَ بِمَشْيٍ أَوْ غَيْره بِغَيْرِ اِخْتِيَاره ، فَإِذَا كَانَ مُحَافِظًا عَلَيْهِ لَا يَسْتَرْخِي لِأَنَّهُ كُلَّمَا كَادَ يَسْتَرْخِي شَدَّهُ . وَأَخْرَجَ اِبْن سَعْد مِنْ طَرِيق طَلْحَة بْن عَبْد اللَّه بْن عَبْد الرَّحْمَن بْن أَبِي بَكْر عَنْ عَائِشَة قَالَتْ : ” كَانَ أَبُو بَكْر أَحْنَى لَا يَسْتَمْسِك إِزَاره يَسْتَرْخِي عَنْ حَقْوَيْهِ ” وَمِنْ طَرِيق قَيْس بْن أَبِي حَازِم قَالَ: ” دَخَلْت عَلَى أَبِي بَكْر وَكَانَ رَجُلًا نَحِيفًا”

Maksud: Berkenaan perkataan Abu Bakar: (Kecuali apabila aku menjaganya dari keadaan tersebut), maksudnya:

Salah satu sisi belahan kainnya tersebut menjulur turun apabila aku terlupa darinya (tanpa ada kesengajaan).

Dan di dalam riwayat Ma’mar dari Zaid B. Aslam yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad, bahawasanya Abu Bakar berkata:

“Sesungguhnya kain-ku kadangkala menjulur turun dengan sendirinya”.

Jadi, ikatan kain beliau kadangkala menjadi longgar ketika digunakan untuk bergerak, sama ada dengan berjalan atau pun gerakkan yang lain, dan terjadinya keadaan tersebut bukanlah disebabkan oleh kehendaknya sendiri. Ada pun ketika beliau menjaga kain sarungnya (ketika bukan dalam keadaan terlupa) maka tidak akan menjulur turun (sehingga terjadi isbal), kerana setiap kali kainnya turun (melurut ke bawah) beliau segera mengetatkan semula ikatannya.

Dan Imam Ibnu Sa’ad telah mengeluarkan sebuah riwayat dari jalur Thalhah B. ‘Abdillah B. ‘Abdirrahman B. Abu Bakara dari ‘Aisyah, beliau berkata:

“Abu Bakar adalah orang yang tubuhnya sangat kurus sehingga tidak berupaya menahan kainnya supaya tidak melurut turun dari pinggangnya”.

Dan Imam Ibnu Sa’ad juga mengeluarkan sebuah riwayat dari jalur Qais B. Abi Hazim, beliau berkata:

“Aku masuk menemui Abu Bakar dan beliau adalah lelaki yang sangat kurus”. (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/326)

Berkenaan dengan perkataan Rasulullah:

“Engkau tidak termasuk orang yang melakukannya kerana sombong”,

al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan bahawa:

وَفِيهِ أَنَّهُ لَا حَرَج عَلَى مَنْ اِنْجَرَّ إِزَاره بِغَيْرِ قَصْده مُطْلَقًا

Maksud: Dari perkataan ini, ia merupakan dalil bahawa tidak ada dosa bagi seseorang yang kain (pakaiannya) menjulur turun sehingga terjadi isbal tanpa sengaja. (Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/326)

Imam Ibnu Hazm rahimahullah berkata di dalam kitabnya, al-Muhalla:

وحق كل ثوب يلبسه الرجل أن يكون إلى الكعبين لا أسفل البتة، فان أسبله فزعا أو نسيانا فلا شئ عليه

Haq setiap pakaian bagi lelaki adalah sehingga mata kaki, dan sama sekali tidak boleh lebih rendah lagi (dari itu). Ada pun apabila lelaki tersebut pakaiannya menjadi isbal disebabkan terkejut atau lupa, maka tiada dosa baginya. (Ibnu Hazm, al-Muhalla, 4/73)

Berkenaan hadis kisah Abu Bakar ini, Syaikh al-Albani rahimahullah menjawab syubhat bolehnya isbal dengan menggunakan hadis tersebut, katanya (di dalam Mukhtashar Syamail Muhammadiyah):

“… Sehingga dari kalangan pendakwah dan selainnya akan anda temui orang-orang yang tidak memiliki kepedulian sama sekali di dalam permasalahan ini. Mereka tidak ambil peduli di ketika mana mereka dengan sengaja menurunkan pakaiannya sehingga terseret ke tanah, serta mengiringinya dengan dakwaan bahawa dia tidak melakukannya dengan sombong, sambil tanpa merasa bersalah (bahkan gembira) hatinya dengan adanya hadis di atas berkenaan kisah Abu Bakar. (Sebenarnya) mereka lalai dengan adanya perbezaan yang sangat ketara di antara Abu Bakar dengan diri mereka. Di mana Abu Bakar benar-benar tidak sengaja melakukannya (malah telah berusaha sedaya-upaya), sebagaimana telah jelas di dalam hadis tersebut menyatakan bahawa kainnya menjulur turun tanpa sengaja. Sedangkan mereka yang menggunakan hadis tersebut untuk membolehkan isbal, mereka melakukannya dengan kesengajaan. Di mana mereka tidak tahu atau sengaja bersikap bodoh terhadap hadis-hadis yang menjelaskan tentang sifat pakaian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam….” (Dinukil dari Abul Harith Kholiiful Hadi, Dosakah Isbal Tanpa Sombong, m/s. 51, Darul Atsar, Cet. 1, Nov. 2007)

Benarkah Nabi Juga Melakukan Isbal?

Terdapat pihak yang menggunakan hadis di bawah ini dengan tujuan menyatakan bahawa Nabi juga turut berisbal, dan ini menunjukkan bahawa isbal tanpa niat sombong adalah tidak mengapa.

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ

خَسَفَتْ الشَّمْسُ وَنَحْنُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ يَجُرُّ ثَوْبَهُ مُسْتَعْجِلًا حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ

Maksud: Daripada Abi Bakrah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Gerhana matahari tiba-tiba berlaku di ketika kami sedang bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka beliau pun berdiri lalu menyeret kain luarnya yang menyelimuti tubuhnya dengan tergesa-gesa sehingga beliau sampai masuk ke dalam masjid. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/85, no. 5339. Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/327, no. 5339)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menjelaskan berkenaan hadis ini:

” فَقَامَ يَجُرّ ثَوْبه مُسْتَعْجِلًا ” فَإِنَّ فِيهِ أَنَّ الْجَرّ إِذَا كَانَ بِسَبَبِ الْإِسْرَاع لَا يَدْخُل فِي النَّهْي

Maksud: Berkenaan penjelasan “فَقَامَ يَجُرّ ثَوْبه مُسْتَعْجِلًا” (Maka beliau pun berdiri lalu menyeret kain luarnya yang menyelimuti tubuhnya dengan tergesa-gesa) perkataan ini sebenarnya mengandungi penjelasan bahawa perbuatan isbal yang disebabkan oleh keadaan tergesa-gesa itu tidaklah termasuk ke dalam kategori larangan. (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/327, no. 5339)

Hadis ini sebenarnya menjelaskan berkenaan persoalan isbal yang berlaku disebabkan terlupa atau kerana tergesa-gesa (kelam-kabut). Dengan ini, tidak timbul persoalan bolehnya isbal jika tidak disertai rasa kesombongan. Sekaligus ia juga masih tetap tidak boleh digunakan sebagai hujjah untuk isbal di dalam keadaan yang penuh kesedaran (senang) manakala hadis ini adalah menunjukkan isbal yang berlaku tanpa sengaja atas sebab tergesa-gesa.

Batasan Pakaian Supaya Tidak Isbal

1 – Diturunkan sehingga ke pertengahan betis atau ke bawah sedikit. Berdasarkan dari hadis dari Ibnu ‘Umar dan asy-Syarid di atas tadi.

2 – Atau selagi mana tidak menjulur ke bawah melebihi batas atau paras mata kaki (buku lali).

Imam Ibnu Hazm rahimahullah berkata di dalam kitabnya, al-Muhalla:

وحق كل ثوب يلبسه الرجل أن يكون إلى الكعبين لا أسفل البتة

Haq setiap pakaian bagi lelaki adalah sehingga mata kaki, dan sama sekali tidak boleh lebih rendah lagi (dari itu). (Ibnu Hazm, al-Muhalla, 4/73)

Adakah Kasut Boleh Menyebabkan Isbal?

Isbal berlaku adalah disebabkan kain pakaian dari atas yang dijulurkan ke bawah sehingga melepasi mata kaki. Dari itu, kasut tidak termasuk ke dalam pakaian yang menyebabkan isbal.

Mengangkat Kain/Pakaian Sehingga Melampaui Pertengahan Betis

Dalam persoalan ini, Imam Ibnu Abi Syaibah ada membawakan sebuah riwayat daripada Ibnu Sirin:

عن ابن سيرين قال: كانوا يكرهون الازار فوق نصف الساق

Maksud: Berkata Ibnu Sirin (rahimahullah):

Mereka membenci kain/seluar yang diangkat sehingga melampaui pertengah betis. (Rujuk: Ibnu Abi Syaibah, al-Mushonnaf, 6/29)

Larangan Menyinsing, Mengumpul, atau Melipat Pakaian Ketika Solat

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ وَلَا نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَلَا الشَّعْرَ

Maksud: Daripada Ibnu ‘Abbas, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah berkata:

Aku telah diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud dengan tujuh anggota tubuh yang utama termasuk dahi. Dan beliau dalam masa yang sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki. Serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkan (menggulung/melipat) pakaian. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab as-Solah, 3/45, no. 758)

Berkenaan hadis ini, Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan:

ثُمَّ مَذْهَب الْجُمْهُور أَنَّ النَّهْي مُطْلَقًا لِمَنْ صَلَّى كَذَلِكَ سَوَاء تَعَمَّدَهُ لِلصَّلَاةِ أَمْ كَانَ قَبْلهَا كَذَلِكَ لَا لَهَا بَلْ لِمَعْنًى آخَر، وَقَالَ الدَّاوُدِيّ يَخْتَصّ النَّهْي بِمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ لِلصَّلَاةِ ، وَالْمُخْتَار الصَّحِيح هُوَ الْأَوَّل ، وَهُوَ ظَاهِر الْمَنْقُول عَنْ الصَّحَابَة وَغَيْرهمْ

Maksud: Kemudian majoriti ulama berpendapat bahawa larangan (menyinsingkan pakaian) tersebut adalah bersifat mutlak, berlaku bagi sesiapa sahaja yang solat di dalam keadaan seperti itu. Sama ada dia sengaja menyinsingkan untuk solat, atau sebelum solat memang dia telah seperti itu kerana adanya urusan yang lainnya (bukan kerana solat). Ada pun imam ad-Dawudi berpendapat bahawa larangan tersebut berlaku khusus bagi seseorang yang memang melakukannya untuk solat. Namun yang lebih tepat (benar) serta terpilih adalah pendapat pertama. Dan itulah zahir dari pendapat yang dinukilkan oleh para sahabat dan yang selainnya. (Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 2/240, no. 758)

Maka dengan ini, untuk mengelakkan isbal, dan dalam masa yang sama mengelakkan dari perbuatan melipat atau menggulung pakaian, maka pakaian/seluar/kain yang menjulur ke bawah hendaklah dipotong dan dijahit.

Pelaku Isbal Menyerupai Wanita

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

Yang membezakan di antara jenis pakaian lelaki dengan pakaian wanita adalah kembali kepada apa yang bertepatan bagi kaum lelaki dan apa yang bertepatan dengan kaum wanita, iaitu pakaian yang sesuai dengan apa yang diperintahkan kepada kaum lelaki dan dengan apa yang diperintahkan kepada kaum wanita. (Syaikh al-Albani, Jilbab Wanita Muslimah, m/s. 152, Pustaka at-Tibyan)

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ

Maksud: Daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, katanya:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/239, no. 5435)

Batas larangan yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berkenaan penyerupaan wanita dengan lelaki atau yang sebaliknya tidaklah hanya merujuk kepada apa yang dipilih oleh sama ada kaum lelaki atau wanita berdasarkan apa yang biasa mereka pakai. Tetapi, apa yang lebih penting adalah perlunya merujuk kembali kepada apa yang wajib dikenakan bagi kaum lelaki dan wanita berpandukan kepada perintah syara’ yang mewajibkan menutup aurat menurut kaedahnya. (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 152, Pustaka Ibnu Katsir)

Apa yang dapat kita fahami adalah:

1 – Pakaian yang labuh, sehingga menutup kaki itu adalah khusus bagi para wanita.

2 – Pakaian yang tidak labuh dan tidak melebihi paras buku lali, itu adalah batas pakaian bagi lelaki.

3 – Maka, hendaklah kaum lelaki dan kaum wanita memahami persoalan ini dengan baik dan tidak mengenakan yang saling bertentangan. Dan sekiranya lelaki mengenakan pakaian yang labuh sehingga melepasi batas buku lali, maka itu sebenarnya telah mengambil situasi pakaian wanita, dan begitulah sebaliknya.

Ini dapat difahami juga melalui hadis sebagaimana berikut, sekali lagi dinukilkan:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ يُرْخِينَ شِبْرًا فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ قَالَ فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لَا يَزِدْنَ عَلَيْهِ

Maksud: Daripada Ibnu ‘Umar, katanya:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata: Sesiapa sahaja yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan melihatnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat.

Maka Ummu Salamah pun bertanya: Apa yang perlu dilakukan oleh para wanita dengan hujung pakaiannya?

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: Hendaklah mereka menurunkan (melabuhkannya) satu jengkal dari pertengahan betis.

Ummu Salamah berkata: Jika begitu, sudah tentu telapak kaki mereka masih akan tersingkap (kelihatan).

Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menerangkan: Sekiranya begitu, hendaklah mereka menurunkannya satu hasta dan tidak boleh lebih dari itu. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 6/343, no. 1653. at-Tirmidzi menyatakan, hadis ini Hasan Sahih. Juga disahihkan oleh al-Albani)

Meninggalkan Isbal Adalah Sebahagian Dari Ciri-ciri Taqwa

Ini adalah berdasarkan kepada hadis di atas daripada asy-Syarid, di mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bertindak menegur seseorang yang isbal dengan katanya:

ارْفَعْ إِزَارَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ قَالَ إِنِّي أَحْنَفُ تَصْطَكُّ رُكْبَتَايَ

Maksud: “Angkatlah kain pakaianmu (dari dilabuhkan dan terseret) dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala”. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)

Penutup

Demikianlah tulisan dan catatan yang serba ringkas berkaitan persoalan isbal bagi kaum lelaki. Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya.

Wallahu a’lam…

Kartun oleh Ubay

Join the forum discussion on this post

Isu Kasut Crocs Dan Kalimah Allah
Antara topik-topik hangat masa kini terutamanya di Facebook adalah berkenaan isu kasut Crocs, yang kononnya haram dipakai sebab ada kalimah Allah.

Atok sebenarnya ada kasut Crocs ni. Mahal atok beli tau RM239. Original tau bukan yang murah-murah pelesu lima enam puluh hengget punya tu. Bagi atok, kasut Crocs ni senang dan selesa dipakai ke mana sekali pun. Jadi, selepas heboh pasal Crocs ada kalimah Allah tu agak was-was jugak la nak pakai. Atok pun seperti biasa, kalau timbul isu2 hangat macam ni, atok tak terima bulat-bulat. Mula la atok me’research’ dengan encik Google. Terjumapa la beberapa artikel yang menarik.

Kalau dibandingkan logo original Crocs ni dengan yang dihebah2kan kat internet tu, ada 3 perbezaan yang amat nyata:

Logo original Crocs

Yang di hebahkan kat internet

Perbezaan:

Mulut buaya yang tak original ternganga, dan mulut buaya original ni tak terbuka sangat.

Anak mata buaya tak original pandang tengah padahal yang original pandang ke bawah.

Walaupun agak kelakar nak cakap, tapi, yang tak original ada lubang hidung macam serombong keretapi punya besar, dan yang original takde lubang hidung sebesar tu!

Haaa… sah la yang dihebah2kan kat internet tu pelesu dan tak original belaka. Idakpun, dah diedit oleh individu2 tertentu untuk timbulkan provokasi.

Nasihat dari Ustaz Hasrizal (via status Facebooknya):

Kasut Crocs pun kena boikot sebab buayanya menyerupai Lafaz Allah? Astaghfirullah… Apa kata antum boikot huruf “t” pada Hang Tuah? Rupa huruf “t” tu macam salib. Gantikan dengan hang kuah ke, hang buah ke… Haishhh!

Lucu… tapi mendalam maksudnya tu!

Kesimpulannya:

Jangan sebar berita yang tak pasti, siasat dulu, internet kan ada!

Jangan sensitif sangat, dari duk cari benda yang sama kalimah Allah ni, baik tengok pakaian yg kita pakai tu, tutup aurat ke tidak, yg tu memang terang perintah Allah soh tutup aurat. yang tu tak nak follow pulak kan? opssss (peace peace)

Beli yang original, jangan beli yg cetak rompak.

Akhir kata, jadilah masyarakat celik IT. Silalah berkawan baik dengan encik Google yer!

Join the forum discussion on this post

Menghalalkan Perjudian Dan Pertaruhan World Cup
Oleh Ustaz Zaharuddin

Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.

Oleh itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

HUJJAH BELIAU

Beliau dirakamkan oleh akhabar tempatan berkata :

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).”

BANTAHAN & RASIONAL

Pengeluaran lesen atas alasan untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.

Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:

‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka”

“Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu”

ANALOGI

Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.

Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap’ untuk dijadikan ‘terang’ tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

JUSTERU

Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.

Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-

a – Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.

b – Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,

c – Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.

d – Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited’ untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.

e – Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect’.

f - Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG’ kerana berhutang dengan along untuk berjudi.

g - Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan dipermudah.

NASIHAT

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: “”Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Justeru itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan dalam hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan, kami sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan dalil serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau mana-mana Mufti bersetuju dengan tindakan itu.

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat’ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.

Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi’i:-

لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ

Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )

Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma’ berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.

Jangan biarkan hanya orang politik berkata, kerana apabila orang politik berhujah dan berkata-kata, mereka akan sering dilihat sebagai bermotif politik. Kita perlu mereka yang lain juga agar bersuara, supaya Allah meredhai usaha kita.

BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBERIKAN KOMEN TERHADAP ARTIKEL INI, SAYA HARAP TIDAK PERLULAH BERPOLITIK KEPARTIAN DALAM KOMEN ANDA (KERANA IA HANYA AKAN MENGERUHKAN KEADAAN SECARA KURANG SIHAT DAN MENYERET KEPADA ISU LAIN), CUKUPLAH BAWAKAN TAMBAHAN RASIONAL DAN JUSTIFIKASI SECARA ILMU DAN BUKAN EMOSI.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Join the forum discussion on this post

Membalas Budi Ibu Bapa Dengan Kualiti Jiwa, Bukan Kualiti Harta
Oleh Ustaz Pahrol

Redha Allah terletak pada redha ibu-bapa. Semua orang pernah mendengar ungkapan ini. Namun, berapa kerat yang memahami tuntutannya? Dan berpada kerat pula yang telah menunaikan tuntutannya? Ibu-bapa yang telah tua memang menguji anak-anak. Maklumlah, akalnya sudah lemah, pertimbangannya jadi singkat. Kerenah orang tua sangat menguji anak-anak.

Berapa ramai yang menganggap ibu-bapa yang telah tua sebagai satu liabiliti dalam kehidupan kita. Pada hal mereka sebenarnya adalah satu aset yang sangat berharga dalam kehidupan kita. Menjaga ibu-bapa yang telah tua, bersabar dalam menghadapi kerenahnya sesungguhnya akan membuka pintu kerahmatan dan keberkatan daripada Allah swt.

Ingatkah lagi kita tentang satu hadis panjang yang menceritakan kepada kita bagaimana tiga orang lelaki terperangkap dalam sebuah gua? Masing-masing memohon pertolongan daripada Allah melalui perantaraan (tawassul) amalan mereka. Salah seorang lelaki tersebut telah memohon kepada Allah melalui perantaraan amalannya yang berbakti kepada orang tua… dan pintu gua itu tergeser, petanda bantuan Allah tiba kerana amalannya terhadap orang tua.

Mengapa tidak kini kita gunakan kaedah yang sama? Bukankah banyak permasalahan dan beban hidup yang berat sedang atau akan kita tanggung? Salah satu kaedah untuk mengatasi dan menangani masalah tersebut ialah dengan berbakti kepada orang tua dan menjadikan kebaktian tersebut sebagai perantaraan berdoa kepada Allah. Dengan syarat kita berbuat demikian dengan hati yang ikhlas.

Berapa ramai penulis yang “terbantut” idea dan mindanya, lalu dia mengangkat tangan berdoa kepada Allah melalui perantaraan ketaatannya kepada ibu-bapanya? Atau ahli perniagaan yang dilanda masalah hutang atau merudumnya jualan, lalu istirahat seketika lantas berdoa meminta bantuan Allah melalui budi-baiknya terhadap ibu-bapa? Atau ahli politik yang diserang kiri dan kanan oleh musuh politiknya, mengambil sedikit masa untuk bermunajat kepada Allah melalui amalan baik terhadap kedua ibu-bapanya?

Ingatlah, ibu-bapa yang tua itu adalah satu aset. Kesusahan, kejemuan dan kebimbangan kita sewaktu menjaga mereka sebenarnya adalah mahar kepada sebuah ketenangan, keberkatan dan kejayaan dalam kehidupan. Namun sebaliknya, jika mengabaikan mereka itulah yang akan membuka kepada pintu kehancuran, keresahan dan kegagalan. Benar seperti yang pernah didendangkan oleh lagu lama, “ayah dan ibu wali-wali keramat.”

Ibu-bapa memang “wali keramat” kerana meminggirkan mereka (apatah lagi kalau sampai ke tahap menderhakai mereka) akan menyebabkan hidup kita terhijab (terhalang). Bukan sahaja kita orang awam ini, bahkan orang-orang Soleh sekalipun jika tersalah laku dengan ibu-bapa akan menerima padahnya. Lupakah kita kepada Juraij, seorang yang amat soleh (rajin uzlah dan beribadah) tetapi tertimpa malapetaka fitnah kerana tidak disenangi oleh ibunya.

Gara-gara begitu asyik dengan solat sunat, Juraij tidak menyahut panggilan ibunya. Ibunya sungguh terasa hati menyebabkan dia berdoa agar Juraij ditimpa fitnah. Benar, tidak lama kemudian Juraij difitnah berzina dengan perempuan jahat menyebabkan dia dihina dan disakiti oleh penduduk-penduduk setempat. Itulah bahananya mengecilkan hati ibu. Justeru, dari segi hukumnya, ajaran Islam menetapkan seseorang yang sedang bersembahyang sunat wajib menyahut panggilan ibunya setelah tiga kali panggilan itu diulang. Kenapa? Padahal solat itu hubungan dengan Allah, sedangkan menyahut panggilan ibu bapa itu hubungan sesama manusia? Apakah hak manusia lebih besar daripada hak Allah?

Tidak, bukan begitu. Sebenarnya itu didikan daripada Allah jua, agar seorang anak menjaga hubungan dengan ibu-bapanya semasa berhubung dengan Allah. Taat kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa ada kalanya dirangkaikan dalam ayat-ayat tertentu dalam Al Quran. Ya, jangan sampai mengejar cinta Allah, dengan mengabaikan cinta terhadap ibu-bapa. Yang setepatnya ialah cintailah ibu-bapa kerana mencari cinta Allah!

Bayangkan jika manusia sesoleh Juraij pun boleh ditimpa kesusahan kerana kesalahan yang boleh dikatakan kecil (berbanding kederhakaan anak-anak zaman ini) terhadap ibunya, apalagi kita. Kebaikan kita tidaklah setinggi dan sebanyak Juraij, sebaliknya kesalahan kita terhadap ibu-bapa kita lebih banyak daripadanya… Bila-bila sahaja kita boleh ditimpa malapetaka akibat kederhakaan ini. Dan mungkin kita tidak sedar, malapetaka itu telah pun menimpa kita.

Intai-intai dan telitilah kembali jalan hidup yang telah, sedang dan akan kita susuri ini. Berapa banyak halangan dan hambatan yang datang melanda. Berapa banyak kali kita kecundang? Apa yang dirancang kekadang sering tidak “menjadi”. Malang dan bencana datang timpa menimpa. Dicari sebabnya, dikaji puncanya, seakan-akan tidak terjumpa… mana tahu semuanya bahana derhaka kepada kedua ibu-bapa.

Dosa kita pada yang lain masih adalah istilah nanti dan tunggu. Tetapi dosa kepada ibu-bapa akan dibalas segera dan tiba-tiba. Sesetengah orang, hanya kerana dia telah menghulurkan bantuan ratusan malah ribuan ringgit sebulan kepada ibu-bapanya, dia telah menunaikan tanggungjawab… Jadi apabila ibu-bapanya “bersuara” sedikit, sudah berani dia membentak. Apa yang tidak cukup lagi? Apa lagi yang ibu hendak? Apa lagi yang bapa tidak puas hati?

Ingatlah, wang ringgit dan harta benda tidak akan mampu membalas jasa atau menebus bakti kedua orang tua kita. Bukan semua perkara dalam kehidupan ini boleh dibeli. Banyak perkara-perkara penting dalam hidup ini tidak boleh dinilai oleh kuantiti material dan fizikal yang kita ada. Antaranya, jasa dan bakti kedua ibu-bapa. Ia hanya boleh “dibayar” oleh kualiti jiwa bukan kuantiti harta.

Maksudnya, budi hanya dapat dibayar oleh budi. Jasa dengan jasa. Budi baik dan akhlak kita yang cantik sahaja dapat menyenangkan hati orang tua pada usia senja mereka. Layani mereka dengan baik, dengarlah cerita mereka (walaupun telah diulang berkali-kali), duduk berbual dengan mereka, membelai atau mengurut badan mereka dan yang paling penting sering menziarahi dan sentiasa berdoa untuk mereka.

Jangan lupa, satu hari kita juga akan melalui apa yang sedang lalui kini. Kita akan mencecah gerbang tua dan mengecap sisa-sisa umur dengan payah dan lelah seperti mereka… bagaimana kita saat itu? Tentukanlah nasib kita itu pada hari ini. Bagaimana? Taat, layan dan belai dengan penuh kasih sayang orang tua kita pada hari ini, insya-Allah anak-anak kita akan mengamalkan sikap yang sama terhadap kita pada akhir nanti.

Cerita dan nasihat ini bukan pertama kali kita dengar… tetapi semuanya diulang lagi kerana kita sering mengabaikan apa yang sering kita dengar. Kita sering menjadi umpama kelekatu yang melanggar lampu yang bercahaya sedangkan di bawahnya sudah begitu banyak kelekatu lain yang terkorban. Berapa banyak ikon anak derhaka dalam cerita rakyat seperti Sitanggang mahupun Malim Kundang yang kita benci dan caci, ironinya kita menjejak mereka tanpa kita sedari.

Sudah dianggap derhaka dengan mendecit perkataan “ah” kepada kedua ibu-bapa. Sudah dianggap melupakan mereka jika kita tidak mendoakan mereka selepas setiap kali mengerjakan solat. Sudah mengecilkan hati mereka jika sudah lama kita tidak menelefon ataupun menziarahi mereka di kampung… Oh, terlalu banyak kesalahan kita terhadap mereka. Dan apakah ini telah menyebabkan tertutupnya pintu kerahmatan dan keberkatan?

Rezeki banyak, tetapi tidak puas. Umur panjang, tetapi dipenuhi dosa. Masa lapang, tetapi hilang manfaat. Kesibukan yang memanjang, keresahan yang tidak berpenghujung mungkin sedang berlaku dalam hidup kita. Anak-anak degil. Isteri atau suami semakin degil dan tidak serasi… Apakah ini semua kerana dosa kita terhadap orang tua? Apakah Allah sedang murkakan kita?

Jika anda bertanya begitu, sila ulang baca ayat pertama pada awal tulisan ini!

Hayati pula video ini:

<object width="480" height="360">
<param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/FbqDqFEvxtI&rel=0&color1=d6d6d6&color2=f0f0f0&border=0&fs=1&hl=en&autoplay=0&showinfo=0&iv_load_policy=3&showsearch=0&hd=1" />
<param name="allowFullScreen" value="true" />
<embed wmode="transparent" src="http://www.youtube.com/v/FbqDqFEvxtI&rel=0&color1=d6d6d6&color2=f0f0f0&border=0&fs=1&hl=en&autoplay=0&showinfo=0&iv_load_policy=3&showsearch=0&hd=1" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" width="480" height="360"></embed>
<param name="wmode" value="transparent" />
</object>

www.youtube.com/watch?v=FbqDqFEvxtI

Join the forum discussion on this post

Facebook Mengundang Dosa?
Oleh Ustaz Zaharuddin

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook, disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan taggingkepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent‘, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Join the forum discussion on this post

Orang Ikhlas Tertindas?
Oleh Ustaz Pahrol

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar  daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini…

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Halal Kah Pendapatan Google Adsense Dan Nuffnang?
Bloggers kat Malaysia ni, lebih-lebih lagi yang ‘buat duit online’ tu, kalau tak pernah dengar pasal Google Adsense dan Nuffnang tu memang tak sah la kan. Kat blog Empayar Poyos ni pun ada atok letak. Persoalannya, apakah status halal haram sumber pendapatan darinya? Dan atok rasa bukan setakat Nuffnang saja, termasuk la jugak sumber pendapatan dari pengiklanan lain juga seperti Chitika, Innity, Advertlets, dan sebagainya. Berikut adalah soal jawab mengenai perkara ini sumber dari blog Ustaz Zaharuddin untuk renungan bersama.

SOALAN

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih

JAWAPAN

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.

Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu’ atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.

Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-

1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka.

2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.

3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.

Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.

Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter’ atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.

4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.

KESIMPULAN

Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

Hukum Cetak Rompak & Pirate
Rata-rata di negara kita, malah di mana-mana saja, ramai yang menggunakan software ‘pirate’. Bukan setakat itu saja, macam-macam lagi lah benda ‘pirate’ yang dibeli guna seharian. Berikut adalah soal jawab mengenai perkara ini sumber dari blog Ustaz Zaharuddin.

SOALAN

Saya ada menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan salah satu universiti awam. Masalahnya ustaz, saya menggunakan perisian windows dan microsoft office yang pirate. Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang original, harganya terlalu mahal.

Saya harap dapat Ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian pirate ini dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini…..

JAWAPAN

Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai harta persendirian. Justeru kita tidak boleh mengambil dan menggunakan yang tiruan KHUSUSNYA apabila software tersebut diniagakan. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai ‘tulang belakang’ perniagaannya. Perniagaan tersebut adalah haram, hasilnya juga haram.

Ia adalah berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia ( Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof AL-Qaradawi.

DIA KAFIR

Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.

Hujjah ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara yang halal.

Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan haram sahaja, tidak lain dari itu. Adapun, bagaimana untuk mengurus pendapatan atau hasil yang anda telah yakin haram, anda boleh membaca dalam artikel saya yang lepas.

PENGECUALIAN

Namun begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas : -

a – ‘Hajat Mendesak’  dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :

الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة

Ertinya : “Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus” (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)

b – Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.

c –  Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.

Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.

Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem’fotostat’ halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.

Kembali kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang (hanya saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat keringanan untuk anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil. Tiada lagi ‘keperluan mendesak’, maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang original.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Wasiat Palsu Syeckh Achmad dari Nabawi
Atok dah bosan! Atok dah bosan! Atok dah bosaaaaannnnn! (dengan nada lagu Amy Search)

Bosan orang asyik forward pelbagai jenis surat berantai… antara yang paling banyak sekali adalah Berita Dari Masjid Nabawi – Wasiat Syeckh Achmad. Atok memang geram betul la orang yang jenis suka forward2 tak tentu pasal ni. Percaya bulat-bulat. Bukannya nak kaji selidik kebenarannya dulu!

Kalau dah jenis surat/email/mesej yang suruh forward kat ramai orang kalau tak buat dapat musibah tu apa kejadahnya lagi, sah la surat berantai, lagi nak forward2…. zaman dah berubah, otak tu tak nak berubah2 jugak… eeee geram!!!

Banyak dah soal jawab dan fatwa mengenai benda ni dikeluarkan. Cari lah! Google lah! Ini tidak… main forward jer… pemalas betul!

Pendapat dari Dr. Yusuf Qardhawi mengenai wasiat palsu ini:

Memang banyak orang yang menanyakan wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru ini, tetapi saya telah melihatnya sejak puluhan tahun lalu. Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw.

Untuk mempastikan kebenaran berita yang disampaikan dalam selebaran tersebut, saya pernah menanyakan kepada orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya mencari informasi mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu beserta aktivitasnya. Dari informasi yang didapat, ternyata tidak ada seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai Syekh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat yang menyedihkan itu telah menyebar di negara-negara umat Islam.

Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada arti dan nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi wasiat yang didasarkan pada impian Syekh Ahmad yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya hari kiamat.

Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu mengikuti impian Syekh Ahmad atau Syekh Umar, kerana Al Qur’an telah mengatakan dengan jelas:

“… boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (Al Ahzab: 63)

Begitu pula Nabi saw. telah bersabda:

“Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan) seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Muttafaq ‘alaih dari hadits Anas dan Sahl bin Sa’ad)

Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, kerana kita sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:

“… Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Kuredhai Islam menjadi agamamu …” (Al Maa’idah: 3)

Orang yang beranggapan bahwa Din Islam yang telah disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, berarti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apa pun. Isi wasiat tersebut justru merupakan indikasi yang memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang yang tidak mau menyebarluaskannya bahwa ia akan mendapat musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia pun (yang normal pikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Al Qur’an harus menulisnya setelah itu kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak, akan tertimpa musibah.

Kalau Al Qur’an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan di negeri ini dan ini kerana telah menyebarluaskan wasiat tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh ribu rupiah. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta. Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan upaya untuk menyesatkan dan meyelewengkan akal pikiran umat Islam. Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan bahwa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw. sebagaimana yang dikatakan oleh penulis selebaran yang batilitu.

Sesungguhnya syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadits-hadits sahih (dan tidak perlu bersumberkan pada wasiat lewat mimpi; penj.) bahwa Rasulullah bersabda:

“Orang yang paling berbahagia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan ikhlas dan lubuk hatinya.” (HR Bukhari)

Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Ia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai khurafat, khayalan, dan kebatilan.

KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),

anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),

adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan

anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah:

“melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”. (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.”. Lagipun,”surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SYEKH AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”.

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini “paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim.”

Dosa Jual Beli Hari Jumaat
Ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9′ dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.

Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?

Walaupun telah ijma’ di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-

المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم

Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram’, cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut. Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :

اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني

Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:

a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.

b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.

c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman