Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum. Atok bersyukur ke hadrat ilahi kerana membenarkan atok wujud di alam cyber. Ya! Di alam cyber… bukan di alam nyata yer ahaks!
Asal Usul
Atok nak mengambil kesempatan ini untuk bercerita sikit la asal usul atok. Atok ni sebenarnya… bukan macam korang sumer. Atok tak der mak. Atok tak der bapak. Atok tak der adik beradik. Kalau korang sedih ke, ada masalah ke, gaduh ngan kekasih ke, tak der duit nak tengok wayang ke, mesti korang leh mintak kat bapak atau mak korang. Tapi atok tak. Atok tak leh mngadu nasib kat mak bapak atok. Bukan sebab dorang dah meninggal dunia. Sebab dorang memang tak wujud! Hmmm… korang mesti pelik kan? Ye la, kalau tak der mak bapa, camner atok boleh wujud???
Macam yang atok cakap tadi, atok ni bukan cam korang sumer. Atok ni hanya wujud di ruang alam cyber jer. Atok tak berpijak di bumi nyata. Atok ni hanyalah satu karakter yang dicipta. Kalau boleh, memang la atok nak jugak wujud dalam alam nyata cam korang sumer, tapi apakan daya… (melalut pulak orang tua ni! Poyo nak mampos!)
Nujum
Naper atok dikenali sebagai atok nujum? Atok ni ahli nujum ker? Bermulanya perjalanan atok di alam cyber ni dengan wujudnya aplikasi Facebook sekitar awal tahun 2009. Aplikasi yang dimaksudkan adalah Atok Nujum Poyo Giler di mana pada permulaannya, aplikasi ni memberikan ‘ramalan’ yang begitu sinis, sengal lagi poyo. Tak seperti aplikasi2 ‘fortune teller’ yang kebanyakannya wujud di Facebook, yang mana rata-rata memberikan kata-kata manis dan baik-baik belaka, aplikasi atok sebaliknya memberi ‘ramalan’ dengan ‘nasib’ yang malang, kurang elok dan yang boleh membuatkan perasaan korang tercabar. Ada atok kesah?? Bosan la kalau semuanya elok-elok belaka. Baik tak payah. Pegi la gunakan aplikasi2 yang dah sedia ada tu, kan? Atok nak kan kelainan. Dan mungkin kerana sakit hati, marah, bengang, benci, meluat dan penuh perasaan berang, atok tak tau macam maner, semakin hari semakin ramai pulak yang menggunakan aplikasi atok ni. Atok suker!
Disebabkan oleh kerana atok ni seolah-olah memberi ‘ramalan’, jadi atokpun lebih senang dikenali sebagai Atok Nujum… (walaupun atok ni bukan la ahli nujum sebenarnya ahaks!) Diharap korang sumer berpuas hati dengan penjelasan atok :)





